Sunday, January 21, 2007

Welcome 1428H

Semalam, Sat 20 Jan. We went shopping at the new IKEA Tampines.. WOW!!.. It's so big!! Next to it, is the Mega Courts & opening soon is the Giant Hypermart.. hmmm.. nampak2 nyer JB tak lama lagi tak laku lah. And with the crime rates on S'porean makin meningkat.. saper seh berani pegi sana. It's so convenient over here. Ada shuttle bus provided lagik!!


Penat shopping pat Ikea tu. I seldom got tired when shopping tapi semlm .. really penat. I wore my new pair of Clarks sandal bought last weekend during the Clarks Warehouse sale. It's so uncomfortable. Feels uneven and abit tight on the straps. Shld be wearing my Nike instead... ah.. Maybe dah gemok.. kehkehkeh..


Almost all sofas & chairs si Faiz try. Semua nyer dia suruh belik!! Kalau aku kaya-raya takpe ler.. ni tengah sesak daa.. But the worst part is shopping at the rugs corner. Me & my SIL (sis-in-law) dapat selesema & then sakit kepala.. Oh man.. balik rumah MIL (mom-in-law) telan Panadol Extra 1 biji and then tido!!


My happy son in the trolley.
See the rugs we bought. Banyak eh!




Today, Sun 20 Jan. We went to check out the new stadium near our place. Newly open in Dec '06. Big and lots of facilities. Very motivated to exercise. The Gym cost only $2.50 per entry. Very cheap comparing to my previous membership at California Fitness. $78 and I've been there only ONCE in 2 mths !!


We are all geared up to exercise today. But the sun is too hot. Bik Su ngomel.. "Apa ke tidak.. Nak pergi exercise tengahari buter!!".. kehkehkeh..
We'll come again next week. The pool looks exciting.






Very motivated father & son ;)

Thursday, January 18, 2007

Selamat Tinggal 1427H

Malam ni dah masuk 29 Zulhijjah and besok lepas magrib dah tahun baru.. Awal Muharam 1428H. Cepat sungguh masa berlalu...

Tahun baru.. azam pun mesti baru. Tapi... apa azam aku tahun ni eh? Tiap2 tahun buat azam sama.. "kuruskan badan".. tapi tak kurus2 pun. Tahun ni aku rasa aku nak buat azam lain lah.. "Pertingkatkan ilmu yg ada.".. wah.. macam promote gomen plak eh.."life long learning". Bleh lah.."Pertingkatkan ilmu yg ada. Tak kira duniawi ataupun ukhrahwi". hmm.. bleh.. insya-allah bleh...

First step pun dah buat ni.. belajar buat blog. Aku tengok sepupu2 aku buat blog macam senang jer.. best plak baca blog dorang. Banyak gambar2.

Aku pun nak letak gambar lah.. Doa Akhir Tahun & Awal Muharam..


Doa Akhir Tahun
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.




Sunday, January 7, 2007

Hari Ini Dalam Sejarah...kehkehkeh

dah memalam buter baru nak testing2.. takper lah.. besok bleh continue.